EKSPO BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA @ Plaza Alam Sentral, Shah Alam

PENGENALAN BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA:

Memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan orang ramai terhadap KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, pihak Sekretariat Bazar Rakyat dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan bercadang untuk melancarkan pula satu program perniagaan rakyat dipanggil ‘BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA’.

TEMA BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA :

Bazar Rakyat 1 Malaysia ini secara dasarnya memberi tumpuan kepada satu bentuk program pemasaran bagi barangan atau produk keluaran tempatan dengan menggunakan Pasaraya besar atau pusat membeli-belah ternama sebagai Paltform untuk mengetengahkan serta memasarkan produk-produk tersebut ke pasaran yang lebih terbuka, sejajar dengan tema utama Bazar Rakyat 1 Malaysia untuk memartabatkan produk keluaran tempatan ke satu tahap yang lebih baik.

Dengan erti kata lain Bazar Rakyat 1 Malaysia ini memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha IKS tempatan untuk memasarkan produk keluaran mereka di Pasaraya / Pusat membeli-belah yang terkemuka dan terkenal di sekitar lembah klang dan berkemungkinan akan dilanjutkan ke seluruh Negara.

OBJEKTIF BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA:

Dengan objektif dan matlamat untuk meletakkan status produk keluaran tempatan setanding dengan produk yang berjemana dari luar, maka adalah wajar produk tersebut diberi peluang untuk dipasarkan di pasaraya besar, dan tidak hanya tertumpu di arked-arked kecil, pasar basah, pasar tani dan pasar malam sahaja.

Memperkembangkan serta memperluaskan pasaran produk keluaran usahawan tempatan ke pasaran yang lebih terbuka juga merupakan salah satu objektif penting dalam melaksanakan program Bazar Rakyat 1 Malaysia ini.

Bazar Rakyat 1 Malaysia juga membawa objektif yang ingin melihat satu bentuk perubahan kepada cara pembungkusan (packaging) sesetengah produk IKS tempatan. Ini pasti dapat direlisasikan apabila sesetengah produk dari desa yang pada dasarnya dibungkus dengan kaedah lama, pasti akan berubah wajah apabila dipasarkan di pasaraya besar.

PERLAKSANAAN BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA:

Bazar Rakyat 1 Malaysia telah diperincikan susunatur dan konsep perlaksanaannya bagi memudahkan serta melancarkan perjalanan perniagaan seseorang usahawan.

Bazar Rakyat 1 Malaysia ini akan dilaksanakan dalam 3 bentuk perlaksanaan, antara bentuk perlaksanaan adalah :

1) Bazar Rakyat 1Malaysia @ Pasaraya ABC

Ianya merupakan satu konsep Lot niaga kekal / Bazar IKS yang dikhususkan didalam pasaraya atau kawasan persekitaran pasaraya untuk tempoh perniagaan yang agak lama. (Antara 3 bulan hingga 1 tahun )

2) Siri Promosi Bazar IKS 1 Malaysia

Konsep siri Promosi / Roadshow ini merupakan satu pameran bergerak yang disertai oleh usahawan IKS yang berminat untuk menyertai dan ianya akan menjelajah dari satu destinasi ke destinasi berikutnya bagi mengadakan pameran dan Showcase di Ruang Legar sesebuah Pasaraya yang terlibat di seluruh negara. Untuk Siri Promosi ini pihak kami tertakluk kepada barangan yang dibenarkan oleh pihak pasaraya sahaja.

3) Karnival / Ekspo

Konsep Karnival ini adalah berbentuk satu penganjuran program di kawasan lapang, dataran, atau lokasi pelancongan dengan konsep kanopi. Karnival ini akan melibatkan kawasan / lokasi pelancongan terkemuka negara untuk tujuan promosi produk IKS tempatan.


~:Terbaru:~

SIRI PROMOSI BAZAR IKS 1 MALAYSIA @ Plaza Alam Sentral

Bagi melaksanakan Program Bazar Rakyat 1 Malaysia (Fasa 1) ini, pihak Sekretariat Bazar Rakyat telah memilih Pasaraya PLAZA ALAM SENTRAL yang terletak di Shah Alam, Selangor sebagai lokasi pertama untuk melakar sejarah dalam perlaksanaan Bazar Rakyat 1 Malaysia( SIRI 1 ) ini, yang dijangka akan dilaksanakan pada 13hb April - 22hb April 2012.

Sehubungan dengan itu, pihak Sekretariat Bazar Rakyat mempelawa kepada mana-mana usahawan atau pengusaha IKS tempatan yang berminat untuk menyertai Program Bazar Rakyat 1 Malaysia ini untuk membuat pendaftaran awal bagi memastikan tempat dan lot niaga di Pasaraya tersebut.

Dengan kadar sewa yang amat kompetatif, Ekspo Bazar Rakyat 1 Malaysia ini dijangka akan menarik minat usahawan tempatan dalam merebut peluang untuk membuat promosi produk dan perniagaan mereka yang seterusnya melebarkan pasaran perniagaan mereka ke pasaraya besar di seluruh negara.

Berikut adalah kadar sewa yang telah diputuskan oleh pihak Sekretariat Bazar Rakyat, untuk penyertaan usahawan ke 'PROMOSI BAZAR IKS SELANGOR 2012' di Plaza Alam Sental yang akan bermula pada 13hb - 22hb April 2012 nanti:

Saiz 8 X 8

RM 2000.00 ( Lot Tengah )

RM 2250.00 ( Lot Tepi )

Bagi usahawan yang berminat untuk menyertai program Bazar Rakyat 1 Malaysia ini, anda adalah diwajibkan menyediakan dokumen seperti berikut :


1) Salinan Kad Pengenalan

(mestilah warganegara Malaysia )

2) Gambar Pasport 2 kpg (utk permit dan lesen)

3) Salinan Sijil SSM / ROC

4) Contoh Produk (gambar 1 kpg utk 1 produk)

5) Borang Rasmi Bazar Rakyat 1 Malaysia

(lengkap diisi)

Emailkan kesemua maklumat tersebut ke : bazarrakyat.1malaysia@gmail.com

Usahawan yang berminat boleh terus membuat bayaran bagi menyertai Promosi Bazar IKS Selangor 2012 ini dengan mendepositkan bayaran tapak sebanyak RM500.00 (min) kepada :

Nama : MAYACORP BUSINESS TRADE

No Acc : 2145 5760 001 681

Bank : RHB Bank

**Sila simpan slip deposit sebagai rujukan.

Usahawan juga boleh melihat maklumat yang terkini mengenai Bazar Rakyat di link berikut :

http://bazarrakyat1malaysia.blogspot.com

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi wakil Sekretariat Bazar Rakyat di talian:

En Shafie : 017-884 7827

En Hamdy : 014-6667999

En Khairol : 017-230 8505

Pn Rozita : 016-231 3174


Pejabat Urusan,

Sekretariat Bazar Rakyat 1 Malaysia,

No 10 & 10A, Jalan 4/11B,

Seksyen 4 Tambahan,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor, Malaysia.


BAZAR RAKYAT 1 MALAYSIA


Monday, 2 May 2011

Persembahan Kebudayaan & Artis Jemputan








No comments:

Post a Comment